
Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei menerusi Facebook.
Beliau berkata, Majlis Perbandaran Petaling Jaya mengarahkan gerai terkesan dan gerai berdekatan ditutup selama 10 hari.
“Semua peniaga dinasihatkan supaya menjalani ujian saringan dan pejabat saya akan membantu dalam proses sanitasi,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, sebuah pasar awam, Pasar Sentosa di Seksyen 17, Petaling Jaya, ditutup selama empat hari bermula 3 hingga 6 Ogos ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Dalam satu notis dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja Pasar Pagi berkenaan, peniaga di pasar itu dibenarkan meneruskan perniagaan pada 7 Ogos ini seperti biasa.
“Pihak persatuan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku sepanjang langkah pencegahan ini diambil,” katanya.