Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Beliau memaklumkan ia dibuat selepas mengambil kira keputusan pucuk pimpinan Umno.

Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.
PETALING JAYA:
Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beliau memaklumkan ia dibuat selepas mengambil kira keputusan pucuk pimpinan Umno.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagai menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Pegawai Shamsul mengesahkan peletakan jawatan itu kepada FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.