Pemberian dos vaksin Covid-19 lebih 21.6 juta, kata Adham

Pemberian dos vaksin Covid-19 lebih 21.6 juta, kata Adham

Menteri Kesihatan berkata seramai 14,471,138 individu sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 7,197,861 lagi selesai menerima dua dos vaksin Covid-19.

Dr Adham Baba berkata, sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.
PETALING JAYA:
Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah direkodkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 7,197,861 lagi selesai menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Mengikut peratusan, 44.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama, manakala 245,047 lagi dos kedua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.