
PETALING JAYA: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di negara ini terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan angka 1.08 semalam, berbanding 1.10 kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter beliau berkata, Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.53 diikuti Terengganu (1.35) dan Kelantan (1.25).
Sebanyak 12 lagi negeri dan wilayah lain mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan di antara 1.07 hingga 1.09, iaitu Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Perak dan Sarawak.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.