
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 dalam negara ketika ini.
Bagaimanapun, menurut KPT universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.
Ibu bapa dan penuntut yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628.
Mereka juga boleh melayari laman web institusi pengajian tinggi (IPT) atau terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing.