Paul Stadlen pulangkan RM7.1 juta wang 1MDB

Paul Stadlen pulangkan RM7.1 juta wang 1MDB

Perkara itu diputuskan setelah mengambilkira bahawa jumlah berkenaan adalah wajar untuk dilucuthak.

SPRM berkata, kes terhadap lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen berkait pengubahan wang haram ditarik balik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen bersetuju memulangkan wang berjumlah RM7.1 juta yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira bahawa jumlah berkenaan adalah wajar untuk dilucuthak.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa berdasarkan persetujuan Jabatan Peguam Negara, satu penyelesaian telah dipersetujui melibatkan Paul Geoffrey Stadlen yang telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Beliau telah bersetuju untuk melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 dan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1MDB,” katanya.

SPRM berkata, sehubungan itu kes terhadap lelaki warga Britain berkenaan ditarik balik.

Sebelum ini, pertuduhan terhadap Paul dibuat tanpa kehadirannya pada 20 Februari 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.