Kadar vaksinasi harian lebih 500,000 dos, 3 hari berturut-turut

Kadar vaksinasi harian lebih 500,000 dos, 3 hari berturut-turut

Seramai 353,771 individu menerima dos pertama dan 198,930 lagi melengkapkan dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb lepas adalah pada Selasa dengan 553,871 dos suntikan, manakala Isnin mencatatkan 521,923 dos. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan diberikan di seluruh negara semalam menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin dalam laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu, seramai 353,771 individu menerima dos pertama dan 198,930 lagi melengkapkan dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb lepas adalah pada Selasa dengan 553,871 dos suntikan, manakala Isnin mencatatkan 521,923 dos.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatif sebanyak 18,946,048 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,841,212 orang menerima dos pertama dan 6,104,836 dos kedua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.