
Katanya, ia membabitkan dua Ahli Parlimen, enam pegawai pengiring dan 48 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan.
Daripada 56 kes itu, 39 (69.6%) terdiri daripada mereka yang belum menerima 2 dos vaksin atau belum divaksin sama sekali, ini menjadikan kadar positif adalah 2.7%.
Katanya, hasil siasatan dan penilaian risiko mendapati kes positif itu tidak mempunyai kaitan satu sama lain.
Beliau berkata, siasatan diteruskan untuk mengesan kontak rapat kes itu, dengan empat orang disahkan positif Covid-19 setakat ini.
Hisham berkata, individu yang disahkan positif dan kontak rapat tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen dan sudah diasingkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) sejak hari pertama persidangan.
Mengambil kira situasi semasa Covid-19, Kementerian Kesihatan mencadangkan jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan.
Cadangan ini bertujuan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Katanya, perkara itu dicadangkan dalam mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan urusan berkaitan sidang khas pada 26 Julai lalu.