Kerenah birokrasi mungkin punca vaksin lewat, kata Saifuddin

Kerenah birokrasi mungkin punca vaksin lewat, kata Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata ketika kerajaan masih mengambil sikap tunggu dan lihat, negara lain sudah membuat komitmen tempahan awal.

Saifuddin berkata, kerajaan perlu mendedahkan kos keseluruhan program vaksinasi, terutama membabitkan operasi pusat pemberian vaksin (PPV) berskala mega bagi mengelak sebarang penyelewengan.
KUALA LUMPUR:
Wakil pembangkang mendakwa kelewatan membuat komitmen perolehan awal vaksin Covid-19, selain kerenah birokrasi menjadi penyebab negara lewat melaksanakan program vaksinasi sehingga mengakibatkan peningkatan jumlah kes positif.

Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata, ketika kerajaan masih mengambil sikap tunggu dan lihat, negara lain sudah membuat komitmen tempahan awal dan menyaksikan program vaksinasi mereka dapat berjalan dengan lebih awal.

“Tetapi ketika persaingan global yang sengit dapatkan bekalan vaksin, fokus kita seharusnya ke arah akses, selain harga dan ‘efficacy’. Misalnya ada negara lain yang cepat program vaksin mereka kerana mereka buat dulu ‘procurement’ komitmen.

“Pertimbangan mereka adalah penghantaran paling awal sebab persaingannya sengit. Namun kita terlepas yang itu sebab tidak membuat tempahan awal,” katanya di Dewan Rakyat.

Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam perkembangan sama Saifuddin berkata, kerajaan perlu mendedahkan kos keseluruhan program vaksinasi, terutama membabitkan operasi pusat pemberian vaksin (PPV) berskala mega, bagi mengelak sebarang penyelewengan.

Saifuddin berkata, beliau difahamkan kos yang perlu dibiayai kerajaan agak tinggi, tidak termasuk kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang lain.

“PPV mega seperti di PWTC. Itu saya difahamkan kos kerajaan perlu biaya agak tinggi dan katanya hampir RM30 per kepala. Tidak termasuk syarikat penyedia perkhidmatan yang lain,” katanya sambil menjelaskan isu sama yang turut dibangkitkan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.