Beri kami status ‘divaksin’ di MySejahtera, kata subjek ujian klinikal

Beri kami status ‘divaksin’ di MySejahtera, kata subjek ujian klinikal

Kumpulan itu telah sukarela terlibat dalam Fasa 3 ujian klinikal itu Januari lalu, bagi vaksin yang dibangunkan Institute of Medical Biologi Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).

Mereka yang mendaftar untuk ujian berkenaan disuntik sama ada vaksin virus tak teraktif atau plasebo.
GEORGE TOWN:
Kira-kira 3,000 orang yang menyertai ujian klinikal bagi vaksin keluaran China merayu kerajaan mengiktiraf mereka dengan status ‘divaksin’ dalam aplikasi MySejahtera.

Kumpulan itu telah sukarela terlibat dalam Fasa 3 ujian klinikal itu Januari lalu, bagi vaksin yang dibangunkan Institute of Medical Biologi Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).

Ujian klinikal itu dilaksanakan di lapan hospital kerajaan di negara ini. Vaksin IMBCAMS antara tujuh suntikan diluluskan untuk kegunaan di China.

Seorang peserta Bryan Lai, 37, berkata dalam pada kerajaan kini mempertimbangkan untuk membenarkan mereka yang divaksin sepenuhnya untuk ‘dine-in’ di restoran, mereka yang terlibat dengan ujian klinikal itu masih dalam keadaan samar.

Katanya, mereka yang terlibat telah diberikan suntikan sama ada virus tak teraktif sebenar atau plasebo, dan dimaklumkan kajian akan berakhir tahun depan.

“Kami telah menulis kepada jabatan kerajaan yang relevan, namun belum mendapat maklum balas berhubung status kami.

“Sepatutnya kami boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, kerana menjadi sebahagian daripada ujian klinikal, tidak kiralah menerima plasebo atau dos sebenar.

“Tanpa status rasmi dinyatakan dalam aplikasi itu, kedudukan kami masih samar,” katanya kepada FMT.

Lai berkata, segelintir yang mengambil bahagian dalam ujian itu adalah pekerja kilang, tetapi terpaksa menarik diri separuh jalan disebabkan majikan memerlukan mereka divaksin penuh untuk membolehkan mereka bekerja.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi ujian klinikal vaksin Covid-19 keluaran Shenzhen Kangtai Biological Products Co, dengan 3,000 dewasa berusia 18 tahun ke atas terlibat dalam kajian itu bagi tempoh 15 hingga 19 bulan akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.