
Quah berdepan satu tuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana membuat catatan bersifat jelik pada 5 Jun 2020 menggunakan perkhidmatan komunikasi, dengan pihak pendakwaan berhujah bahawa ia dibuat dengan niat untuk menghina orang lain.
Tuduhan tersebut menyatakan bahawa catatan Facebook itu dibaca oleh seorang pegawai di Jabatan Imigresen di Putrajaya.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara kurang setahun, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad meminta hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy menetapkan ikat jamin sebanyak RM7,000 ke atas Quah.
Bagaimanapun peguam Quah, New Sin Yew, meminta ikat jamin sebanyak RM2,000.
“Menetapkan (ikat jamin) RM7,000 adalah berlebihan. Beliau adalah pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Refuge For The Refugees, yang telah beroperasi selama 10 tahun,” katanya, selain menambah bahawa Quah menerima anugerah untuk kerja-kerja kebajikannya.
Mahkamah bersetuju menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 6 Sept.
Tahun lalu, polis menyoal siasat Quah mengenai catatan Facebook berkenaan dan beliau menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak berkuasa semasa siasatan.