2 beradik gaduh guna parang dalam video tular ditahan polis

2 beradik gaduh guna parang dalam video tular ditahan polis

Dua lelaki, masing-masing berusia 29 dan 36 tahun, itu dipercayai bergaduh akibat hutang, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah.

(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua beradik ditahan polis di Sungai Petani, Kedah, setelah video berdurasi tiga minit yang menunjukkan mereka bergaduh menggunakan parang menjadi tular di media sosial Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, satu laporan polis berhubung pergaduhan yang terjadi di kedai bunga itu dibuat oleh seorang lelaki pada 1 tengah hari pada hari kejadian.

Dua lelaki, masing-masing berusia 29 dan 36 tahun itu dipercayai bergaduh akibat hutang, kata Adzli.

“Mereka sudah pun ditahan pada 10 malam hari kejadian untuk membantu siasatan,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau jenayah dan ujian saringan awal air kencing menunjukkan mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah, tambahnya.

Kata Adzli, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah. Bagaimanapun, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.