10 individu buat upacara keagamaan di jalan terbuka waktu PKP

10 individu buat upacara keagamaan di jalan terbuka waktu PKP

Video satu upacara yang turut melibatkan kanak-kanak itu tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 23 saat itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu tidak harus dilakukan ketika kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan jumlah yang membimbangkan.
PETALING JAYA:
Video satu upacara keagamaan melibatkan 10 individu termasuk kanak-kanak tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan teres berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, Georgetown, Pulau Pinang.

Upacara keagamaan dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga.

Berdasarkan video 23 saat itu, kelihatan kelibat individu dipercayai ‘tok sami’ berdiri sambil beberapa individu mengelilingi api dalam upacara pembakaran tersebut yang dipercayai diadakan pada waktu malam.

Video yang dirakam oleh orang di sekitar kawasan itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu tidak harus dilakukan ketika kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan jumlah yang membimbangkan.

Bagaimanapun, menurut Kosmo kesemua individu terlibat telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.