
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 2.37 petang tadi, sebelum enam anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air digerakkan ke lokasi.
“Ketika bomba tiba di lokasi, satu mayat lelaki terapung pada jarak kira-kira 50m dari darat. Mayat itu telah kembung dan dipercayai berada di dalam air lebih dua hari.
“Oleh kerana mayat itu memakai ‘gelang putih’, ia memberi risiko kepada anggota bomba yang menjalankan tugas. Anggota kita bersiap sedia dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dari mula hingga tamat operasi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Rozizah berkata, mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.