
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.57 petang berhubung seorang lelaki berusia 35 tahun mempunyai berat badan 180 kilogram (kg) yang memerlukan bantuan.
“Tujuh anggota lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) bersama-sama sebuah jentera dan lori angkut tiba di lokasi berkenaan empat minit selepas menerima panggilan daripada pihak hospital.
“Lelaki tersebut yang menjalani perintah kuarantin di rumah selepas dikesan menjadi kontak rapat individu positif Covid-19 dibantu naik ke atas lori menggunakan kain,” katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, pasukannya mengambil masa kira-kira 10 minit mengusung dan mengangkat lelaki berkenaan sebelum dipindahkan ke lori untuk dibawa ke Hospital Melaka.