Benar mesyuarat PAC, Jawatankuasa Pilihan Khas secara hibrid, speaker diberitahu

Benar mesyuarat PAC, Jawatankuasa Pilihan Khas secara hibrid, speaker diberitahu

Sidang hibrid itu penting untuk memastikan jawatankuasa berkenaan terus memainkan peranan untuk melaksanakan mekanisme semak dan imbang.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, berkata satu pertemuan antara mereka dengan Azhar Azizan Harun telah dibuat dan permohonan secara surat rasmi diberikan.
PETALING JAYA:
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun digesa membenarkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas dibuat secara hibrid.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, berkata satu pertemuan antara mereka dengan Azhar telah dibuat dan permohonan secara surat rasmi diberikan.

“Surat rasmi kepada beliau untuk memohon beliau menggunakan kuasa-kuasa bawah Peraturan Mesyuarat 99 dan 100 untuk mengeluarkan petua atau perintah sebagaimana yang diperlukan untuk mengesahkan dan mengizinkan mesyuarat dan sesi pendengaran diadakan secara hibrid.

“Mengambil kira bahawa negara masih berhadapan dengan wabak Covid-19, kami berpendapat bahawa untuk memperkasakan pelaksanaan kerja Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas dengan kehadiran penuh ahli dan urus setianya, mesyuarat dan sesi pendengaran haruslah diadakan secara hibrid,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Wong dan Kelvin berkata sidang hibrid itu penting untuk memastikan jawatankuasa berkenaan terus memainkan peranan untuk melaksanakan mekanisme semak dan imbang.

Mereka berkata, ini bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.