
Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:
1. Bank Makanan Desa Pandan
Bank makanan ini dilakukan oleh sebuah kumpulan rock tempatan Jemson untuk membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Keluarga yang terjejas digalakkan untuk mengambil pek makanan di kedai kopi Soul Sacrifice di Desa Pandan.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung menerusi akaun Twitter @xjemsonx.

2. Bank Makanan Loco TTDI
Sebuah cawangan restoran baru saja melancarkan bank makanan untuk menyediakan bantuan pakej makanan kepada golongan memerlukan. Sumbangan dan tenaga sukarelawan turut dialu-alukan untuk membantu.
“Kami akan mengatur penghantaran bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, bukan hanya terhad di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Bagi mereka yang tinggal di luar TTDI, kami boleh dihubungi menerusi WhatsApp di talian 6011 2896 6450.”
3. Persekutuan Tiong-Hua Johor Baru (Wisma Tiong Hua)
Majlis ini juga mewujudkan bank makanan untuk membantu orang ramai yang memerlukan di sekitar Johor Bahru.
Setiap individu juga boleh mendapatkan pek makanan tengah hari pada setiap hari Selasa dan Jumaat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor ini: 07-278 8999.
4. Mustard Seed Soup Kitchen
‘Soup Kitchen’ yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya ini mewujudkan sebuah bank makanan mini kepada mereka yang memerlukan. Orang ramai digalakkan untuk mengambil pek makanan percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi @amuyo_tomoko di Twitter.
5. Kuil Johor Ancient
Kuil di Johor Bahru ini mengagihkan pek makanan tengah hari kepada orang ramai yang memerlukan pada setiap hari Selasa dan Jumaat.
Untuk maklumat lanjut sila ke laman Facebook Johor Ancient Temple.