Saudi tawar bantuan perubatan, 1 juta dos vaksin kepada Malaysia

Saudi tawar bantuan perubatan, 1 juta dos vaksin kepada Malaysia

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan kerajaan Arab Saudi atas bantuan itu.

Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota Arab Saudi untuk memperincikan bentuk bantuan yang diperlukan Malaysia.
PETALING JAYA:
Arab Saudi akan menyumbangkan bekalan perubatan, termasuk 1 juta dos vaksin kepada Malaysia dalam mendepani penularan Covid-19.

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein memaklumkan perkara itu selepas berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Raja Salman (Abdulaziz Al-Saud) sendiri telah menitahkan King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19.

“Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia,” tulisnya di Facebook.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman, Putera Mahkota dan kerajaan Saudi atas bantuan itu.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota Saudi untuk memperincikan bentuk bantuan yang Malaysia perlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.