
Menterinya Nancy Shukri berkata sekurang-kurangnya 8,026 orang penduduk layak untuk
menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi yang diunjurkan di pulau itu.
“Setakat 11 Julai lalu, sebanyak 1,002 orang telah menerima suntikan dos pertama manakala seramai 1,056 orang pula telah lengkap dos pertama dan dos kedua.
“Sehubungan itu, individu yang belum menerima vaksin adalah seramai 5,968 orang,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, MOTAC berkata dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan, program itu mensasarkan ke pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan juga pulau-pulau yang lain.
Dalam pada itu, Nancy dalam lawatan kerjanya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Pulau Pangkor hari ini berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung telah memulakan program ‘outreach’ tiga hari seminggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk tempoh 8 minggu berturut-turut mulai 16 Julai lalu dengan sasaran kapasiti pemberian vaksin seramai 540 orang sehari.
Katanya, berdasarkan rekod Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah
Manjung, pemberian dos pertama dijangka selesai pada 8 Ogos ini dan akan disusuli dengan dos kedua mulai 13 Ogos.
“Oleh itu, Pulau Pangkor dijangka mencapai 80% imuniti kelompok pada awal September ini,” katanya.
Nancy menyeru penduduk di Pulau Pangkor untuk terus menyokong program vaksinasi yang dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan pulau itu selamat dikunjungi oleh pelancong.
Katanya, inisiatif ini juga sekaligus dapat menghidupkan kembali sektor pelancongan sebagai salah satu penjanaan aktiviti ekonomi penduduk tempatan.