
Beliau berkata, sebarang kesulitan atau persoalan yang timbul berhubung perkara itu dikesali.
“Polis komited untuk menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan akan mengambil langkah selari dengan Kementerian Kesihatan, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) dalam proses memastikan perkhidmatan vaksinasi terbaik disampaikan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan.
Beliau merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan semalam berhubung isu penjualan dan suntikan vaksin kosong.
Jalil menasihatkan penerima vaksin Covid-19 yang mengesyaki disuntik vaksin kosong tampil boleh membuat laporan di balai polis berhampiran dan menjalani ujian “Covid Neutralizing Antibody Test” di makmal perubatan berlesen sebulan selepas menerima suntikan dos kedua.