
Kumpulan itu menjangkakan lebih ramai peserta konvoi akan dipanggil polis dalam masa terdekat.
“Tindakan pihak berkuasa ini adalah intimidasi terhadap anak muda yang hanya menjalankan hak bersuara mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Anak muda yang telah turun berkonvoi tidak melanggar sebarang SOP,” katanya dalam kenyataan.
Penganjur konvoi itu berkata, mereka tidak gentar dengan taktik intimidasi pihak berkuasa dan mengajak rakyat menyertai bantahan terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka pada 31 Julai ini.
Semalam, SSR menjangkakan 100 kenderaan berkonvoi di seluruh negara bermula 11 pagi hingga 5 petang dan mendakwa lima konvoi di Selangor, Melaka, Perak serta Sarawak diganggu polis.