
“Ia untuk mengesahkan keberadaan antibodi dalam badan (penerima vaksin),” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan dalam kenyataan.
Beliau berkata, susulan kenyataan polis pada 23 Julai lalu, pihaknya masih menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung kebimbangan penerima disuntik vaksin kosong.
Katanya, penerima yang mengesyaki disuntik vaksin kosong boleh membuat laporan di balai polis berhampiran dan Jabatan Siasatan Jenayah akan membuka kertas inkuiri untuk menyiasat aduan berkenaan.
“Bagi kejadian berlakunya penawaran palsu atau penipuan jualan vaksin di pasaran secara atas talian atau sebarang usaha bukan mengikut Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, orang ramai boleh membuat aduan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu.”
Setakat ini, katanya, polis tidak mengesan kewujudan sindiket atau individu yang disyaki menjual atau memasarkan vaksin kepada orang ramai secara rahsia atau sebaliknya.