Shafee jalani kuarantin kendiri, bicara kes ubah wang haram ditangguh

Shafee jalani kuarantin kendiri, bicara kes ubah wang haram ditangguh

Perbicaraan ditangguh hingga 27 Ogos kerana Muhammad Shafee Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri setelah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee berkata, perbicaraan yang dijadualkan bersambung hari ini ditangguhkan setelah tertuduh menjalani kuarantin kendiri sehingga 1 Ogos selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.
KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes peguam Muhammad Shafee Abdullah yang berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib Razak dan dua tuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bersambung 27 Ogos di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee berkata, perbicaraan yang dijadualkan bersambung hari ini ditangguhkan setelah tertuduh menjalani kuarantin kendiri sehingga 1 Ogos selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Oleh itu perbicaraan di hadapan hakim Muhammad Jamil Hussin akan bersambung pada 27 Ogos,” katanya hari ini.

Setakat ini, tiga saksi telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lalu.

Pada 13 Sept 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram, iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.