Bomba bantu angkat mayat wanita obes

Bomba bantu angkat mayat wanita obes

Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu seorang lelaki mengangkat mayat isterinya seberat 230kg yang meninggal dunia di rumah mereka di Melaka, pagi tadi.

Beberapa anggota bomba membantu memindahkan mayat wanita seberat 230 kg selepas mangsa meninggal dunia di ruang tamu rumahnya di Melaka. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu seorang lelaki mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram selepas mangsa meninggal dunia di rumah mereka di Melaka, pagi tadi.

Wanita yang dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma itu ditemui meninggal dunia ketika duduk di sofa di rumahnya di Taman Desa Damai Cheng.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.09 pagi.

Katanya, pasukan bomba terdiri daripada 10 anggota dihantar ke lokasi bersama dua jentera dan mereka diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairuddin Atan

“Kita tiba di rumah mereka pada 7.19 pagi dan mayat wanita seberat 230 kg itu didapati berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Bantuan untuk memindahkan mayatnya ke atas lori angkut bomba dilakukan seramai enam anggota termasuk pegawai bomba,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Zulkhairani berkata, pihaknya selesai melakukan operasi itu pada jam 8.25 pagi sebelum mayat dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Katanya, keluarga memaklumkan bahawa mangsa mempunyai sejarah penyakit asma.

“Bagaimanapun, polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.