SPRM siasat MAHB berkait tawaran tender

SPRM siasat MAHB berkait tawaran tender

MAHB berkata, tiada pertanyaan berhubung tender penggantian penggerak penumpang automatik yang belum dimuktamadkan.

MAHB berkata, SPRM meminta maklumat dan dokumentasi berhubung pemberian kontrak ujian dan saringan peribadi Covid-19 untuk KLIA. (Gambar KLIA2)
PETALING JAYA:
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian satu tender membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAHB berkata, pegawai SPRM hadir ke ibu pejabatnya baru-baru ini untuk menyiasat pemberian tender itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, SPRM meminta maklumat dan dokumentasi berhubung pemberian kontrak ujian dan saringan peribadi Covid-19 untuk KLIA.

“Syarikat memberi kerjasama penuh dan mematuhi semua syarat SPRM serta tiada permintaan lanjut daripada SPRM.”

MAHB berkata, tiada pertanyaan daripada SPRM berhubung tender penggantian penggerak penumpang automatik (APM) yang belum dimuktamadkan.

Katanya, proses pemerolehan semua tender syarikat itu dilakukan dengan pematuhan ketat terhadap SOP Sistem Pengurusan Antirasuah yang berperanan sebagai “perlindungan tambahan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.