Pesara tentera maut tercampak 10m dari jejambat

Pesara tentera maut tercampak 10m dari jejambat

Mangsa Alamsah Abdul Rahman, 54, dari Taman Impian Ehsan, Balakong, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Mangsa yang menunggang motosikal dari pusat bandar raya dikatakan hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di kiri jejambat menyebabkannya tercampak ke susur Lebuhraya Persekutuan.
PETALING JAYA:
Seorang pesara tentera maut selepas tercampak dari jejambat setinggi 10m apabila motosikal ditunggangnya melanggar batu penghadang di kiri jejambat dalam kejadian di Lebuhraya Kerinchi Link, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian 2 petang tadi, mangsa Alamsah Abdul Rahman, 54, dari Taman Impian Ehsan, Balakong, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal dari arah pusat bandar raya dikatakan hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di kiri jejambat menyebabkannya tercampak ke susur Lebuhraya Persekutuan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.