‘Bukan wang bapa kamu, jangan kedekut dengan doktor’, kata Najib kepada Putrajaya

‘Bukan wang bapa kamu, jangan kedekut dengan doktor’, kata Najib kepada Putrajaya

Najib Razak berkata sekiranya kerajaan tidak mampu mengambil keseluruhan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap, sekurang-kurangnya tawarkan bonus yang besar.

Najib Razak berkata, antara tanda kerajaan gagal ialah apabila negara tidak lagi mampu memberi rawatan serta perhatian kepada kesihatan yang sewajarnya kepada rakyat sendiri.
PETALING JAYA:
Putrajaya diingatkan untuk tidak “kedekut” terhadap doktor dan keperluan kesihatan ketika dalam tempoh krisis yang besar dan bukan masa kerajaan membuang masa mengadakan rundingan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Kata beliau, sekiranya kerajaan tidak mampu mengambil keseluruhan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap, sekurang-kurangnya satu tawaran bonus yang besar pada akhir kontrak boleh dibuat.

“Iabukan wang bapa kamu. Bukan kerajaan hari ini yang kumpul dulu pun. Jangan pandang sahaja apabila rakyat kita sakit atau menafi keadaan sudah menjadi paling kritikal,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mendakwa wad Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sudah penuh yang tular di media sosial semalam.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoalkan langkah kerajaan dalam mengatasi masalah serius itu, denganbeliau difahamkan bahawa kekurangan kakitangan perubatan menjadi penghalang terbesar bagi usaha meningkatkan kapasiti rawatan di hospital kerajaan.

“Adakah sudah tiba masa untuk meminta bantuan staf perubatan dari negara-negara lain bagi tempoh sementara terutamanya dari negara yang sudah pulih daripada Covid?,” soal beliau.

Beliau turut bertanya sama ada wujud peningkatan usaha mengambil semula kakitangan perubatan yang sudah bersara untuk berkhidmat secara sementara.

“Isu doktor kontrak kerajaan yang tidak puas hati juga perlu diselesaikan secepat mungkin pada ketika ini. Jika membisu sahaja akan menambahkan kemarahan mereka,” katanya

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.