Polis tahan lelaki maki penjual nasi lemak

Polis tahan lelaki maki penjual nasi lemak

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Basri Sagon, lelaki terbabit ditahan malam tadi di rumahnya berhampiran lokasi kejadian di Taman Desa, Kuala Lumpur

Polis berkata lelaki berkenaan ditahan selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. (Gambar Facebook Lyn Centino)
PETALING JAYA:
Polis sudah menahan seorang lelaki yang mencetuskan kekecohan dan memaki hamun penjual nasi lemak kerana ditegur supaya memakai pelitup muka yang videonya tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Basri Sagon, lelaki terbabit ditahan malam tadi di rumahnya di Jalan Desa Bakti berhampiran lokasi kejadian di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Katanya, dia yang berusia 33 tahun ditahan pada jam 8 malam selepas polis menerima laporan daripada pengadu berkenaan.

“Lelaki itu ditahan selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Basri berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021.

Menerusi video berdurasi 29 saat, lelaki dipercayai pemilik sebuah gimnasium itu mengamuk kepada peniaga terbabit yang menegurnya supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dengan mengenakan pelitup muka.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu dirakam seorang wanita sebelum berkongsi video terbabit dengan pengadu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.