Polis siasat dakwaan jenaka, isyarat lucah di PPV

Polis siasat dakwaan jenaka, isyarat lucah di PPV

Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan.

Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor kelmarin. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Polis sudah merakam keterangan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain, berkata mangsa berusia 32 tahun itu membuat laporan polis pada 4.56 petang Ahad lalu.

“Kenyataan pengadu telah dirakam dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular dakwaan wanita berkenaan yang seorang pengawal keselamatan di PPV itu membuat jenaka dan isyarat lucah terhadapnya, ketika hadir untuk janji temu vaksinnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.