Kes Covid-19 di dewan bedah terkawal, kata hospital

Kes Covid-19 di dewan bedah terkawal, kata hospital

Pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengeluarkan kenyataan menafikan penularan mesej mendakwa jangkitan itu tidak terkawal di dewan bedah.

Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan kes Covid-19 melibatkan dewan bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes Covid-19 melibatkan dewan bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.

Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.

“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 tidak terkawal di Dewan Bedah dan ia berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.