
Kempen yang tular di media sosial itu mengajak mereka yang bergelut dengan kewangan isi rumah untuk meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:
1) Gotta Give Back
NGO ini mensasarkan untuk menyediakan bantuan makanan kepada anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Contact: 013-3057933
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Instagram @gottagiveback_
2) Spektra Peduli
Kumpulan usahawan yang mengetengahkan inisiatif dikenali sebagai Pek Jagaan Spektra Peduli untuk membantu individu dan keluarga yang terkesan dengan pandemik.
Pek jagaan itu akan diagihkan sepanjang Julai di kawasan Lembah Klang.
Kumpulan berkenaan mengalu-alukan sumbangan bagi menyokong inisiatif mereka.
Contact: 010-6678931
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Instagram @bnispektra
3) Gurudwara Sahib Muar
Individu di Muar, Johor digalakkan mengambil makanan di sini bermula 8 hingga 10 pagi setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Twitter ini.
4) Aizz Irfan
Aizz mensasarkan untuk menyediakan bantuan makanan kepada keluarga terkesan di Timur Laut, Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Twitter @Aizz_Irfan
5) Vicoholic Bistro & Cafe
Kafe di Skudai, Johor ini menyediakan bank makanan kepada individu yang memerlukan.
Pengambilan makanan atau sumbangan boleh dibuat antara 1 tengah hari hingga 7 petang di kafe itu.
Contact: Vicoholic bistro & cafe Facebook page