
Kedudukan tabung di sebelah kanan pintu masuk surau itu memudahkan ia dilarikan kerana perbuatan berkenaan tidak mengambil masa lama.
Pengerusi surau Azhar Maturedi berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9.30 hingga 10 pagi semalam, namun hanya disedari jemaah pada 1.30 tengah hari ketika mahu menunaikan solat Zohor.
Katanya, jemaah menyedari seorang lelaki menaiki motosikal Honda EX5 memasuki surau dengan memakai topi keledar, namun tidak mengesyaki sebarang perkara buruk bakal berlaku.
“Lelaki terbabit dikatakan keluar dari surau dengan membawa satu beg sandang dan melarikan diri,” katanya, menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, tabung surau berkenaan sebelum ini pernah dipecah beberapa kali, namun telah digantikan dengan tabung yang lebih selamat dikunci.
Kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM300 dan laporan sudah dibuat di Balai Polis Kuala Kurau pada petang hari kejadian, katanya.