
Ho Chung Guan, 34, yang didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Aziana Azib.
Dia didakwa memiliki 1.77 juta batang rokok pelbagai jenis tanpa dokumen membuktikannya diimport secara sah di sebuah kediaman di Hijauan Hills, Simpang Ampat pada 11 pagi, 7 Jan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai atau RM100,000 sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau RM500,000, atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Ho yang diwakili peguam Zainal Akram Zainal Azahar memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum atas alasan dia hanya berpendapatan RM2,000 sebulan, selain perlu menanggung keluarga, termasuk isteri yang tidak bekerja dan bayi berusia lapan bulan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali.