
Beliau berkata, antara penyumbang utama kes baharu adalah daripada kluster sedia ada, iaitu sebanyak 372 kes atau 57.1% daripada jumlah keseluruhan dicatatkan hari ini.
“Jumlah kes (Covid-19) kekal sangat tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, iaitu hari ini 651 (kes baharu).
“Sebanyak 146 daripada 244 kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada Penjara Kepayan manakala 26 daripada 60 kes baharu di Tawau adalah daripada penjara di daerah itu manakala 39 daripada 40 kes di Kalabakan datangnya daripada kluster Agathis.
“Secara keseluruhan, 57.14% daripada jumlah kes baharu di Sabah hari ini adalah daripada kluster sedia ada manakala 25.83% daripada kluster Penjara,” katanya ketika dihubungi.
Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, dua lagi kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, iaitu kluster Pauh di Kinabatangan dan kluster Angsana di Papar.
Katanya, kluster Pauh mencatatkan 23 kes baharu manakala kluster Angsana merekodkan 29 kes, hari ini.