
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Yusof bagaimanapun berkata setakat ini, PKRC sedia ada masih mencukupi untuk menampung bilangan pesakit Covid-19 yang ada.
“Sudah tentu kalau kes meningkat kita akan tambah (PKRC) tetapi sekarang terkawal. Kita akan berusaha tingkatkan sistem kesihatan kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini menurut laporan Bernama.
Beliau berkata secara keseluruhan, lebih 244,000 pesakit dikuarantin di 86 PKRC di seluruh negara sehingga kini dengan lebih 220,000 pesakit telah didiscaj.
Terdahulu, beliau mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada lebih 400 penduduk di Felda Palong di sini dengan kerjasama Perintis Bersatu Negeri Sembilan dalam usaha meringankan beban mereka untuk menyambut Aidiladha Selasa depan.