
Daripada jumlah itu, kata beliau, 12 orang sedang dirawat, 20 menjalani kuarantin di rumah dan 31 lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Seorang pegawai kanan yang dijangkiti kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU), tambahnya.
Menurut Mohamad Noor, jangkitan yang dipercayai tercetus Selasa lalu itu pada mulanya membabitkan beberapa anggota sebelum ia merebak dan menjangkiti anggota serta pegawai lain.
“Semua anggota dan pegawai terbabit kini dikecualikan daripada senarai penugasan dan kita berharap mereka segera sembuh serta dapat kembali bertugas,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata, bagi menampung kekurangan anggota untuk penugasan harian, pihaknya mendapat bantuan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Pahang adalah antara negeri dalam kumpulan pertama yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara pada 5 Julai lalu.