Lagi senarai tambahan sempena kempen Bendera Putih

Lagi senarai tambahan sempena kempen Bendera Putih

Berikut adalah senarai terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan.

PETALING JAYA:
Kempen “#BenderaPutih” adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan memandangkan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk.

Kempen yang tular di media sosial itu mengajak mereka yang bergelut dengan kewangan isi rumah untuk meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.

Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:

1) Feed Selangor

Feed Selangor adalah platform yang dikendalikan para belia dengan tujuan menambah baik akses maklumat kepada mereka yang terkesan dengan sekatan pergerakan.

Inisiatif diketuai Au Jun Wei bersama empat pelajar lain ini menyediakan laman web yang berfungsi sebagai pusat maklumat mengenai lokasi bantuan makanan, bank makanan dan NGO di seluruh Selangor dan KL.

Hubungi: 018-7850 266 (Au Jun Wei)

2) Orange 24HR

Rangkaian kedai serbaneka di Sabah ini menyediakan bank makanan di beberapa cawangannya di seluruh negeri.

Berikut adalah cawangan kedai yang menyediakan bank makanan:

  • Orange Wawasan Plaza
  • Orange Kampung Air 5
  • Orange Sembulan (Harbour City)
  • Orange Segama
  • Orange One Place Mall

Untuk maklumat lanjut: Facebook Orange 24HR

3) Imanaina Frozen & Grocery

Kedai halal di Kulim, Kedah, ini menyediakan bank makanan di gerainya. Individu yang tinggal berdekatan digalakkan untuk mendapatkan makanan percuma mulai 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Hubungi: 019-5245513

Untuk maklumat lebih lanjut: Facebook Imanaina

4) One Fresh Grocer Trading

Kedai runcit di Perak ini menyediakan bank makanan dan menggalakkan individu mengambil barang makanan percuma yang disediakan.

Hubungi Facebook – One Fresh Grocer Trading

5) Pasar Jolly

Kedai buah dan sayur-sayuran ini menyediakan bank makanan di premisnya di Puchong. Derma juga dialu-alukan.

Hubungi Facebook – Jolly Market Puchong

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.