Penjadualan vaksin pemandu teksi, e-panggilan, penunggang p-panggilan sudah bermula, kata menteri

Penjadualan vaksin pemandu teksi, e-panggilan, penunggang p-panggilan sudah bermula, kata menteri

Proses itu melibatkan lebih 50,000 orang dalam perkhidmatan berkenaan.

Wee Ka Siong berkata pihaknya menyasarkan lebih 300,000 pemandu pengangkutan awam termasuk perkhidmatan p-panggilan di Lembah Klang menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin.
PUTRAJAYA:
Proses penjadualan pemberian vaksin Covid-19 bagi kumpulan pertama pemandu teksi, e-panggilan dan penunggang p-panggilan melibatkan lebih 50,000 orang dalam perkhidmatan itu telah dimulakan, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Beliau berkata kementerian telah menerima senarai nama daripada pengendali dan syarikat perkhidmatan itu pada pertengahan Jun lalu dan kumpulan pertama melibatkan kira-kira 41,488 pemandu teksi dan e-panggilan serta 11,527 penunggang p-panggilan.

Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh untuk menyegerakan proses vaksinasi pemandu teksi, e-panggilan dan p-panggilan, Wee melalui Facebooknya, berkata Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan memaklumkan mengenai jadual vaksinasi kumpulan terbabit.

Menurutnya, senarai tambahan 57,931 penunggang p-panggilan juga telah diserahkan untuk pertimbangan CITF.

Memahami situasi pandemik Covid-19 ketika ini, Wee berkata pihaknya menyasarkan lebih 300,000 pemandu pengangkutan awam termasuk perkhidmatan p-panggilan di Lembah Klang menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.