Mengapa maklumat mangsa Covid-19 tiada dalam kenyataan KKM, soal aktivis

Mengapa maklumat mangsa Covid-19 tiada dalam kenyataan KKM, soal aktivis

Mengeluarkan maklumat penting menghalang merangka kecekapan formula dalam pengurusan dasar dan strategi.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menyiarkan maklumat terperinci seperti umur dan sejarah perubatan individu yang maut akibat pandemik Covid-19, gesa aktivis.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, pihaknya keliru dengan keputusan kementerian yang memilih untuk mengeluarkan maklumat penting berkenaan daripada kenyataan media di laman sesawangnya.

Katanya, sebelum ini, KKM dilihat “lebih terbuka” berkongsi maklumat terbabit berhubung perincian mangsa Covid-19.

“Keputusan mengeluarkan umur dan sejarah perubatan pesakit adalah mengejutkan selain menghapuskan kefahaman kita berkenaan pandemik Covid-19 terutamanya jelas sekali orang muda mudah jatuh sakit pada tahap serius,” katanya.

Katanya, tindakan itu boleh menghalang kecekapan formula dalam pengurusan dasar dan strategi.

Sementara itu, bekas timbalan menteri kesihatan, Lee Boon Chye, menyifatkan maklumat, sama ada kematian adalah dalam kalangan golongan berusia atau mempunyai sejarah penyakit sebagai penting.

“Kefahaman terhadap virus lebih baik dan memudahkan mengesan sama ada virus semakin berbahaya atau tidak,” katanya.

Maklumat berkaitan kematian disediakan oleh KKM dalam bentuk jadual terperinci dengan jumlah kematian mengikut negeri. Kemudian dikategorikan dalam bentuk jantina dan kewarganegaraan.

Maklumat lain, termasuk lokasi kematian serta rangkuman jumlah kes disusuli sejarah penyakit kronik dikategorikan mengikut negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.