
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan polis untuk menahan reman suspek yang ditahan berhubung kes dera seorang remaja orang kurang upaya (OKU).
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Saiful Annuar Yusoff, yang memaklumkan siasatan kes akan tetap berjalan biarpun permohonan itu ditolak oleh mahkamah.
Katanya, suspek akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes itu.
“Permohonan reman telah ditolak tetapi kita masih lagi menjalankan siasatan. Suspek juga akan memberikan kerjasama kepada polis,” katanya menurut laporan Kosmo.
Difahamkan, wanita berusia 29 tahun itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur semalam bagi membantu siasatan kes penderaan remaja OKU berkenaan.