Bayi lelaki 12 bulan kritikal jatuh kolam

Bayi lelaki 12 bulan kritikal jatuh kolam

Mangsa ditemui ibunya dalam keadaan separuh tenggelam selepas merangkak keluar ke halaman rumah di Bandar Tasik Kesuma melalui pintu jeriji utama yang tidak berkunci.

Bayi itu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dan kini dilaporkan kritikal.
PETALING JAYA:
Bayi lelaki berusia 12 bulan dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dalam kolam buatan sendiri di rumahnya, dalam kejadian di Beranang, semalam.

Mangsa ditemui ibunya dalam keadaan separuh tenggelam selepas merangkak keluar ke halaman rumah di Bandar Tasik Kesuma melalui pintu jeriji utama yang tidak berkunci.

Laporan polis diterima daripada Hospital Kajang pada 9.11 pagi sebaik keluarganya membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika bapanya sedang tidur manakala ibu dan nenek pula sibuk memasak di dapur.

“Mangsa juga sedang tidur di ruang tamu ketika itu dan bapanya pula di bilik, sementara ibu serta nenek pula memasak di dapur.

“Tidak lama kemudian, ibunya menyedari dia tiada di situ sebelum mencari dan terjumpa mangsa sudah separuh tenggelam dalam kolam. Mangsa dipercayai merangkak keluar melalui pintu tidak berkunci hingga terjatuh ke situ,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Zaid berkata, mangsa pada mulanya dibawa ke poliklinik sebelum dihantar ke Hospital Kajang.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dan kini dilaporkan kritikal.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan turut meminta individu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017 4333795 atau 03 89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.