Lagi senarai bantuan kempen bendera putih

Lagi senarai bantuan kempen bendera putih

Berikut adalah senarai terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan.

PETALING JAYA:
Kempen ‘#BenderaPutih’ adalah inisiatif komuniti bagi membantu mereka yang terdesak dan memerlukan makanan serta bantuan lain ketika berdepan krisis ekonomi dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.

Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:

1) Kami Bantu

Kami Bantu adalah kerjasama antara dua perniagaan makanan tempatan, Rasa Joho dan Ameeka. Inisiatif ini menyediakan barang keperluan kepada penduduk yang memerlukan di Shah Alam, Puncak Perdana dan Setia Alam di Selangor.

Mana-mana individu yang mahu menyumbang boleh menghubungi: 010-4463376 (Ameeka) atau 013-7852664 (Rasa Joho).

Untuk maklumat lanjut: [email protected]

2) Signature Tint Shop dan Co2 Concept Coating

Golongan memerlukan bantuan berupa makanan di Puchong boleh hadir kedua-dua kedai tersebut.

Kedua-dua kedai ini turut mengalu-alukan sumbangan barangan makanan halal.

Sila layari laman Facebook Signature TintShop – Vkool

3) Little Giraffe Story House

Komuniti ini pula berada di Cheras dan menubuhkan bank makanan termasuk barang keperluan seperti pad sanitari kepada penduduk sekitarnya.

Barang bantuan boleh diambil di alamat: 114, Jalan 15, Batu 11 Cheras, 43200, Selangor

Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook, Little Giraffe Story House

4) Jaslyn Cakes

Kafe yang terletak di Bangsar ini menggalakkan mana-mana individu di kawasan berdekatan mengambil makanan hasil sumbangan penduduk dalam kejiranan Bangsar, pelanggan dan pembekal.

Maklumat lanjut di laman Instagram, @jaslyncakes

5) Bamboo Biryani “Taste & See” Restaurant

Restoran ini memulakan inisiatif kecil dengan menyumbang 100 pek hidangan bermasak kepada golongan memerlukan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat untuk diagih kepada penduduk sekitar Klang, Selangor.

“Baru-baru ini, kami menerima banyak panggilan telefon memohon hidangan untuk keluarga masing-masing. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan sangat memerlukan bantuan. Justeru, kami meningkatkan kapasiti bantuan antara 150 hingga 200 pek, namun ia belum mencukupi.

“Bagaimanapun kami akan memberi yang terbaik untuk golongan memerlukan ini dan merayu sumbangan berterusan bagi membantu lebih ramai individu dalam kesusahan.

“Kami mengalu-alukan sumbangan dalam apa jua bentuk dan percaya keikhlasan adalah perkara yang cukup dititik beratkan. Marilah kita bersama membantu antara satu sama lain dalam masa yang sukar ketika ini,” kata wakil restoran itu.

Sila hubungi: 012-6840992

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook, Bamboo Biryani “Taste & See”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.