9 lokaliti PKPD di Kuala Lumpur tamat esok

9 lokaliti PKPD di Kuala Lumpur tamat esok

Lokaliti berkenaan antara 14 lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

PETALING JAYA:
Perlaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di sembilan lokaliti di Kuala Lumpur akan tamat bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan itu membabitkan, PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang
Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Lokaliti berkenaan antara 14 lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

ementara itu pelaksanaan PKPD di Kampung Mangga, Nasip Kita, Kampung Kijang, Balung, Tawau, Kampung Lingkodon, Kota Belud; Kampung Pintas Kubu, Beaufort; Kampung Muhibbah, Putatan; Kampung Goshen, Kota Marudu, di Sabah dan Mukim Kuala Kuantan 1, Pahang turut ditamatkan bermula esok.

Pelaksanaan PKPD di Mukim Kuala Kuantan 2, Pahang pula akan tamat bermula 17 Julai.

Beliau turut memaklumkan beberapa lokaliti di Sabah dan Perak akan dikenakan PKPD bermula 17 hingga 30 Julai.

Ia membabitkan Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, di Sabah.

Sementara di Perak pelaksanaan PKPD membabitkan Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai membabitkan daerah kerian.

Ismail berkata, PKPD di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx (Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping, Perak,Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka dan

Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan sehingga 30 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.