
PETALING JAYA: Jumlah vaksinasi harian Covid-19 melebihi 400,000 dos selama dua hari berturut-turut, dengan 424,541 dos suntikan yang diberikan semalam adalah yang tertinggi setakat ini.
Isnin lalu, jumlah vaksinasi harian mencapai 421,479 dos.
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam Twitter berkata, daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 suntikan adalah dos pertama, manakala 164,255 lagi dos kedua.
Ini menjadikan jumlah dos yang diberikan setakat ini 12,212,730 dos.
“Jumlah yang terima dos pertama ialah 8,364,354 orang, sementara 3,848,376 sudah terima dos kedua.”