23 kilang antara 68 premis ingkar SOP diarah tutup

23 kilang antara 68 premis ingkar SOP diarah tutup

Selain kilang, 43 premis perniagaan dan dua tapak pembinaan turut diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama pekerja di seluruh negara semalam.
PETALING JAYA:
Sebanyak 68 premis, termasuk 23 kilang diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi SOP, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 20,005 anggota melaksanakan 80,827 pemeriksaan dan “snap check” Covid-19 ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama pekerja di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 68 premis meliputi kilang (23), premis perniagaan (43) dan tapak pembinaan (2) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

PKPD

Ismail berkata, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini hingga 29 Julai nanti.

Ia membabitkan Kampung Jagoi Duyoh di Bau, Kuching; Kampung Lubak di Beaufort; Kampung Melalam di Sipitang; Blok 2, Blok 6 dan Blok 9 Projek Perumahan Rakyat Taman Mesra di Sandakan serta Blok Angsana dan Sumboi-sumboi di Kampung Seberang Benoni, Papar.

Sementara itu, PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan sehingga 29 Julai ini.

Katanya, PKPD di Jalan Kubur di Kuala Lumpur; Kampung Pangkal Jetas di Machang, Kelantan; Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan di Jelebu, Negeri Sembilan dan Taman Public di Kota Kinabalu ditamatkan esok, manakala Kampung Gusi Kinarut di Papar ditamatkan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, polis menahan 471 individu kerana mengingkari SOP, dengan 446 daripadanya dikompaun, 16 direman dan sembilan lagi dijamin.

Katanya, 11 pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.