Pegawai khas timbalan menteri KPWKM meninggal dunia akibat Covid-19

Pegawai khas timbalan menteri KPWKM meninggal dunia akibat Covid-19

Kumutha Raman dimasukkan ke Hospital Putrajaya sejak 30 Jun lalu kerana positif Covid-19 dan diberi rawatan di ICU.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan Kumutha Raman sebagai kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia hari ini akibat Covid-19.

Dalam catatan di Facebook Timbalan Menteri, Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata Kumutha Raman dimasukkan ke Hospital Putrajaya sejak 30 Jun lalu kerana didapati positif Covid-19 dan diberi rawatan di ICU.

“Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari tadi,” katanya.

Siti Zailah berkata, Kumutha seorang kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya.

“Di saat-saat akhir sebelum pemergiannya pun dia tetap menguruskan aduan-aduan masyarakat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.