
Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A Ravindran, A Uthayakumar, S Sathiaseelan, T Kumar, A Kumaresan, N Tanasilan, Thirumal Raj, M Darshan, A Dineswaran, S Mohanraj dan R Nantha Kumar.
Tertuduh lain ialah S Gobinath, M Ravishankar, M Thinesh, N Tannish, S Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif dan G Sivanamtham.
Bernama melaporkan, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang berusia 18 hingga 47 tahun itu.
Semuanya didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor antara Januari 2015 dan Jun 2021.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh mengendalikan pendakwaan.
Sementara itu, tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent, T Harpal Singh, Jay Moy Wei Jiun, Wan Zaleha Abdul Wahab, P Taneswaran serta K Komagan.
Dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Harpal memohon mahkamah membenarkan dua anak guamnya, Rosli dan Mohamad Faisal, dibenarkan ikat jamin atas alasan penahanan mereka mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak berperlembagaan. Permohonan itu turut disokong oleh peguam lain.
Bagaimanapun, Maryam Jamielah membantah permohonan itu atas alasan kesalahan di bawah SOSMA tidak boleh dijamin.
Hakim M M Edwin Paramjothy menetapkan 6 Ogos untuk sebutan semula kes dan keputusan berhubung permohonan jaminan itu.