Bagaimanapun katanya, bagi penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin, pergerakan mereka masih perlu dikawal.
“Tidak mustahil untuk kita membuka ibu kota lebih awal apabila sejumlah tertentu warga ibu kota sudah selesai vaksinasi.
“Jika itu terjadi, tidak mustahil hanya mereka yang sudah disuntik sahaja bebas bergerak menjalankan aktiviti, sementara yang belum perlu dikawal dan dihadkan pergerakan,” katanya dalam catatan di Twitter.
Dalam pada itu, beliau berkongsi data terkini jumlah suntikan harian yang dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Putrajaya dan Kuala Lumpur yang sudah melebihi 100% penduduk berusia 18 tahun ke atas.
“Lebih 1.8 juta suntikan 1 dan 2 dilaksanakan di KL dan Putrajaya.
“Meskipun ia sudah melebihi 100% penduduk berusia 18 tahun ke atas, namun terdapat daripada jumlah tersebut bukan warga KL dan masih ada warga KL yang belum disuntik,” katanya.