Lori bawa daging ayam beku ‘terjun’ sungai, pemandu maut

Lori bawa daging ayam beku ‘terjun’ sungai, pemandu maut

Mayat pemandu lori itu hanya ditemui di dalam sungai dua jam kemudian oleh anggota bomba.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Derhaka. (Gambar Whatsapp)
GEORGE TOWN:
Seorang pemandu lori membawa daging ayam beku maut selepas kenderaan dipandunya merempuh kereta dan terbabas ke dalam sungai di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Seberang Jaya.

Mayat mangsa yang identiti dan usia masih belum dikenal pasti, ditemui di dalam Sungai Derhaka, tidak jauh dari lokasi lori berkenaan terbabas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, lori itu merempuh sebuah Proton Persona berhampiran Masjid Seberang Jaya arah selatan sebelum terbabas memasuki sungai dalam kejadian jam 1.30 petang itu.

Mayat mangsa hanya ditemui anggota bomba Balai Perai sekitar dua jam selepas kejadian, manakala pemandu kedua lori itu berjaya diselamatkan dari sungai berkenaan oleh orang ramai.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya Hospital untuk bedah siasat, manakala rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.