Kita akan ‘perang’ habis-habisan, tidak tolak ansur dengan kilang, kata TPM

Kita akan ‘perang’ habis-habisan, tidak tolak ansur dengan kilang, kata TPM

Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dan mengambil tindakan tegas kepada kilang serta premis perniagaan yang masih berdegil untuk mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) Covid-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu, Ismail dalam catatan di Facebook semalam memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis manakala baki 52 pada Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.